Thursday, 17 September 2015

3.2.2 HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara ini,kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen seperti berikut :

1) konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 19 Mac 1995.
2) Konvensyen Penghapusan semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
3) Konvensyen pertubuhan Buruh Antarabangsa 138
4) Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182

Di Malaysia beberapa perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi hak kanak -kanakAntaranya ialah :


  • Akta perlindungan kanak-kanak 1991
  • Akta taman Asuhan Kanak-kanak
  • Peengambilan Anak Angkat
  • Akta Kanak-kanak 2001
1) Akta perlindungan kanak-Kanak 1991

   - Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan serta mengenai perkara -perkara yang bersampingan dengannya atau yangberkaitan dengannya.Dala seksyen 2 Akta perlindungan kanak-kanak 1991,dikatakan kanak-kanak memrlukan perlindungan jika :


  • kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut.
  • kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal,emosi atau seks.
  • penjaga kanak-kanak itu telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan,makanan,pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak
  • Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan,penjaga itu tidak dijumpai dan tidak orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu.
  • kanak-kanak itu perlu diperiksa,disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjagannya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa,disiasat atau dirawat sedemikian.
  • Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana -mana orang k=;ain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil penjaga itu gagal
  • Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau dengan penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.
2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

  • Akta ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaraan,pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.Akta ini bertujuan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun.Dengan adanya akta ini,maka tahap kesihatan,keselamatan dan pendidikan kanak-kanak di sesebuah taman asuhan itu terjamin.Hal ini kerana,dengan adanya pendaftaraan maka mudahlah kawalan dan pengawasan dapat dilakukan misalnya dari pejabat kesihatan ,pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

3)Pengambilan Anak Angkat

  • Dalam konteks melindungi hak kanak-kanak kerajaan juga telah memperuntukkan undang-undang dalam pengambilan anak angkat.Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat.Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin.
4) Akta kanak-kanak 2001

  • Akta  ini menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu,ianitu Akta perlindungan kanak-kanak 1991,Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan ,pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serious oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak
  • Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip konvensyen Hak kanak-kanak.Akta ini mewajibkan pengamal perubatan,ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak.Mengikut akta ini,istilah kanak-kanak ialah berumur mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.Akta ini membahagikan kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan,kanak-kanak .
  • Jelas akta ini adalah menjadi kesalahan jika mendera,mengabaikan ,meninggalkan atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan dia dicederakan secara fizikal atau emosi,atau membenarkan kanak-kanak itu didera,diabaikan,ditinggalkan atau didedahkan kepada kecederaan
  • kita selalu beranggapan bahawa,seseorang itu akan dikenakan hukuman sekiranya nelakukan kesalahan penderaan fizikal atau seksual.Namun dalam akta ini memperuntukkan mana-mana individu yang diberi kuasa menjaga anak ,boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment