Thursday, 17 September 2015

3.1.2 PUNCA GANGGUAN EMOSI


                      PUNCA -PUNCA GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID

Biasanya gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.Ia dimana,jika wujudnya masalah kesesakan di dalam sesebuah kelas,ia akan mengakibatkan murid itu melakukan kesalahan displin dan sebagainya.Kita sering terdedah dengan pendapat-pendapat para tokoh yang menyatakan bahawa kecenderungan ke arah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi oleh unsur rangsangan di sekeliling mereka.Suasana yang tidak kondusif mengakibatkan murid-murid itu berkelakuan sedemikian di kelas.Tambahan pula,keadaan sedemikian berlaku,disebabkan keadaan sekolah yang sesak,murid yang padat di dalam sesebuah kelas menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Keadaan akan menjadi lebih teruk jika murid-murid yang nakal menganggu proses pembelajaran di dalam kelas .Sebagai seorang murid mereka akan mengalami perubahan gaya hidup mereka dari peringkat menengah kepada peringkat institut pengajian tinggi.Dalam hal ini,mereka akan mengalami tekanan jika tidak dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan besar bergelar mahasiswa di Universiti.Mereka terpaksa bertungkus lumus belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang baik tanpa bantuan dari kawan-kawan.Sebagai contohnya jika kita perhatikan di sekolah sistem pemarkahan yang diberi melalui peperiksaan hanya untuk ujian pertengahan tahun dan akhir tahun.Murid mempunyai masa yang cukup untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah,tetapi situasi tersebut akan berubah di Universiti.Ia dimana murid akan terdedah dengan ujian yang kerap kali,kuiz didalam kelas,dan pensyarah akan memberi tugasan –tugasan yang tertentu bagi setiap matapelajaran supaya pelajar dapat membuat dan menghantar dengan kadar segera.Ia secara tidak langsung akan memberi tekanan kepada para pelajar jika mereka tidak pandai mengagaihkan masa dan menguruskan proses pembelajaran tersebut.Hal ini menunjukkan bahawa persekitaraan juga menjadi punca tekanan murid.
                Selain itu, Peristiwa yang berlaku di sesebuah Institut keluarga juga akan menjadi satu punca berlakunya gangguan emosi dikalangan murid-murid  di sekolah.Ia dimana peristiwa ini boleh bersifat positif dan bersifat negative.Contoh peristiwa positif terdiri daripada kenaikan pangkat,pekerjaan yang baharu,perkahwinan,hari jadi dan sebagainya.Manakala contoh peristiwa negative ialah,penceraian di rumah,kematian,kemalangan dan sebagainya.Peristiwa seumpama ini boleh memberi ganguan emosi dan tekanan kepada para murid.Ia dimana,emosi murid akan tertekan,dan murid akan berasa susah hati,murung,sedih,marah dan sebagainya.Tambahan pula pergaduan  yang berlaku di Institut keluarga ,kurang mesra antara satu sama lain,boleh membawa keadaan emosi murid-murid tidak stabil.Selain itu,kebanyakkan ibubapa mahukan anak-anak mereka Berjaya dalam pendidikan sebagai jaminan dapat kerjaya yang baik di masa hadapan nanti.Bagi merealisasikan impiannya maka murid-murid perlu mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah  dan tindakan dan bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional.Dalam hal ini,penggunaan peraturan tanpa rasional dan meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian murid-murid akan memberi tekanan dan gangguan emosi kepada mereka.Jika harapan yang diletakkan oleh ibu bapa tidak dapat dicapai ,maka ini akan mengalami tekanan yang teruk sehingga boleh menyebabkan trauma.Hal seumpama ini,menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan kurang mendapat perhatian dan kasih sayang sehingga menyebabkan anak-anak mengalami tekanan emosi.Oleh itu,jelaslah bahawa ibubapa menjadi salah satu punca kepada tekanan yang dialami  oleh pelajar.


                Pengaruh rakan sebaya juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan gangguan emosi terhadap diri seseorang murid.Ia dimana minat seseorang murid kepada minat rakan lebih mirip ataupun boleh dikatakan sama daripada ibu bapanya.Masing-masing akan cuba untuk mengembangkan personalitinya dalam kehidupan harian mereka.Murid-murid tersebut akan saling bantu antara satu sama lain,mempunyai unsur bertolak ansur,melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah,merancang dan sebagainya.Murid yang diterima rakan sebayanya,akan bersikap ceria,bersemangat,baik hati,boleh berjenaka dan sering memberikan idea yang baik.Murid yang tidak disanjungi dan disingkirkan oleh rakan sebayanya,mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular.Mereka akan berasa kurang yakin pada diri sendiri,menjadi seorang penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebayanya.Murid-murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif,sombong dan terlalu mendesak.Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang dihadapi oeh segelintir murid yang kurang mendapat perhatian dari kawan-kawannya.Sebagai seorang guru,mereka harus mengetahui dan menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.
            Punca yang seterusnya ialah,keinginan yang melebihi kemampuan.Ia dimana setiap murid akan mempunyai keinginan yang tinggi bagi menguruskan kehidupan seharian mereka.Keinginan yang tinggi itu akan menyebabkan mereka akan mencari-mencarikan apa yang dikehendaki oleh mereka.Bagi murid yang pandai,ianya adalah mudah untuk mencapai cita-cita mereka.Ada juga di antara murid yang mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dibandingkan dengan kemampuan mereka. Walaubagaimanapun jika direnungkan bagaimana pula dengan keadaan yang kurang berkemampuan jawapannya sudah tentu mereka tertinggal di belakang. Mereka akan mempunyai satu sifat "inferior" di dalam diri mereka. Apabila mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka cita-citakan mereka akan berasa tertekan dan berlakunya gangguan emosi terhadap diri mereka.

            Tindakan segelintir guru di sekolah juga adalah antara salah satu faktor yang mendorong kepada berlakunya gangguan emosi terhadap diri para murid.Sebagai seorang murid,mereka akan berhadapan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas.Maka mereka terpaksa berhadapan dengan para guru pada setiap masa.Guru-guru akan mengajar murid-murid dan akan memberikan kerja rumah kepada murid.Dalam hal ini,ada segelintir guru akan memberikan kerja yang berlebihan kepada para murid tanpa mengambil kira kebajikan para murid.Maka murid yang takut akan guru akan berhadapan dengan gangguan emosi dimana mereka terpaksa menghabiskan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan jika  tidak berkelakuan sedemikan,maka mereka akan didenda oleh guru tersebut.Ada guru yang memberikan hukuman yang teruk dengan merotan murid sehinga kelihatan lebam di badan dan  tangan murid .Ia kerana murid tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru di dalam kelas.Dalam konteks ini,murid akan menjadi serba salah dan ini akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan berlakunya gangguan emosi terhadap mereka.


No comments:

Post a Comment