Thursday, 17 September 2015

3.1.1GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


           
          DEFINISI EMOSI
 

 






               Emosi memainkan peranan yang penting di kalangan kehidupan seharian kita. Ia juga boleh dikatakan salah satu tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika kita perhatikan secara teliti, seseorang yang menghadapi tekanan emosi , akan menimbulkan beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika ia berlarutan secara kerap,maka gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. Perkataan emosi sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion”, dan “émouvoir” yang bermaksud ‘kegembiraan’

Ø  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Ø  Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam badan seseorang.



GANGGUAN EMOSI







Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid.Menurut

Ø  Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Kita sebagai seorang guru, haruslah sentiasa prihatin terhadap diri murid dan memastikan bahawa murid-muridnya  sudah bersedia untuk belajar dan sebagainya.Tambahan pula tahap emosi murid-murid perlulah berada dalam keadaan yang baik supaya segala input yang diberikan oleh guru-gur diterima oleh para murid.Seperti yang sedia maklum, Pendidikan pada masa kini bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan, malah setiap aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi individu iaitu murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial








                                           TANDA TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI



Ø    Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
Ø    Pencapaian akademik yang semakin merosot
Ø  Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
Ø   Suka termenung, berkhayal, dan berkelakuan ganjil
Ø   Cepat marah, suka bergaduh, dan kerap berbohong
Ø  Konsep kendiri yang lemah

Emosi juga mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan murid kini iaitu :-

v   Mengungkapkan dan memahami perasaan
v    Mengendalikan amarah
v  Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
v   Kemampuan untuk menyesuaikan diri
v   Disukai oleh orang lain
v   Semangat setiakawan
v  Keramahan
v  Sikap hormat-menghormati


                                                        GANGGUAN EMOSI RINGGAN

Gangguan emosi ini boleh dikatakan sebagai gangguan yang ringgan.Gangguan ini tidak kelihatan ciri-cirinya dari luar.Ia lebih kepada ciri-ciri dalaman seseorang murid.Gangguan seumpama ini biasanya boleh diatasi oleh murid itu sendiri jika mereka menyelesaikan dengan cara yang baik. Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh, naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi, tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.Contoh yang lain,ialah murid-murid biasanya suka membeli alatan pensel dan sebagainya..Mereka suka jika mereka dibawa ke kedai untuk membeli alatan kegunaan mereka.Jika ibubapanya enggan untuk membelikan apa yang diminta oleh anak-anaknya,maka situasi tersebut akan berubah,dan ini akan memberikan tekanan emosi kepada mereka.Walaubagaimanapun.jika murid-murid itu pandai untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sedemikian,maka mereka dapat mengatasi gangguan emosi tersebut.


                                          GANGGUAN EMOSI SEDERHANA


Gangguan Emosi sederhana ini lebih menonjol daripada gangguan emosi ringgan.Ia kerana melalui gangguan emosi sederhana ini,kita dapat melihat dari segi fizikal gerak badan murid akan berubah,mimik muka akan berlainan,dan perlakuan murid tersebut seperti marah,takut akan kelihatan terhadap diri mereka.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan, tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.

                                                      GANGGUAN EMOSI BERAT

Dari segi fizikalnya,gangguan emosi berat ini jelas kelihatan terhadap diri murid-murid.Tingkah laku murid akan kelihatan pelik berbanding gangguan emosi ringgan dan gangguan emosi sederhana.Gangguan emosi ini dikatakan bahaya kerana,jika kita tidak menyelesaikan dengan cara yang baik,ia mungkin akan mencederakan diri sendiri dan boleh mengundang bahaya apabila murid tersebut  melakukan percubaan untuk mencederakan rakan –rakan dan sebagainya.Sebagai contohnya apabila seseorang murid itu menghadapi ganguan seupama ini,murid akan berkelakuan seperti menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki untuk melepaskan geram terhadap diri kawan-kawanya.Segala fizikal anggota badannya akan berubah dan mengakibatkan kecederaan.Murid tersebut terlalu marah akan diri kawannya dan ia mungkin mendatangkan pergaduhan diantara mereka,bagi memuaskan hati mereka.Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.











No comments:

Post a Comment