Thursday, 17 September 2015

3.2.1 HAK ASASI KANAK-KANAK

HAK ASASI KANAK-KANAK

           Dengan wujudnya  undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan seawal abad ke 17 dan 18 sebagai contoh, dapat dilihat dari kes yang berlaku pada tahun lepas 2014, di mana pasangan ibu bapa Azizul Rahim Awaluddin dan isterinya Shalwati Nor Shal telah dijatuhkan hukuman kerana telah memukul anak mereka yang meninggalkan solat. Kejadian ini menunjukkan bahawa wujudnya undang-undang yang melindungi kanak-kanak di negara luar.
            Sektor pendidikan mesti menunjukkan kepimpinan dan keberanian dalam mempertahankan hak semua kanak-kanak untuk pendidikan, penjagaan, dan perlindungan. Sekolah-sekolah dan pihak berkuasa pendidikan mesti membenarkan kanak-kanak dan remaja untuk memberikan respon yang efektif terhadap pelbagai cabaran yang mereka hadapi di dunia pada hari ini.
            Pendidikan menyeluruh adalah satu hak asasi manusia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan pendidikan yang baik dan ia akan menghasilkan pertimbangan sosial yang baik kepada semua lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment