LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DI KALANGAN MURID
Bagi mengatasi masalah di kalangan murid yang mengalami
tekanan dan gangguan emosi beberapa langkah-langkah perlu diambil. Murid- murid
seperti ini harus dibantu dan diberi perhatian pada setiap masa.Antara
langkah-langkah yang perlu diambil ialah ,pengaruh ibu bapa dalam pembentukkan
tingkah laku murid sejak kecil lagi.Sebagai ketua keluarga di rumah ibu bapa
seharusnya boleh memainkan peranan dalam membentuk displin murid-murid.Peranan
yang berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa di rumah adalah dengan
melakukan sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan.Ibu bapa
seharusnya boleh dapat mengimbangi peranan mereka samada di rumah,tempat kerja
dan dalam masyarakat.Keseimbangan seupama ini amat perlu supaya segala tekanan
akan dapat diatasi. Ini penting kerana
hubungan antara tingkah laku dan personaliti anak-anak adalah dipengaruhi oleh
cara didikan ibu bapa mereka.
Selain itu
,peranan guru juga penting dalam mengawal dan menstabilkan emosi murid di
sekolah.Pihak sekolah dan guru memainkan peranan yang penting dalam menyusun
aktiviti kurikulum untuk menyemai pembentukkan emosi yang positif dalam
kalangan murid.Pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan tahap kepimpinan
dan kemampuan mereka pada setiap masa dan segala usaha-usaha telah diambil oleh
para guru bagi merealisasikan impian murid-murid tersebut.Dalam hal ini, seseorang guru harus merapatkan diri mereka
dengan murid-murid yang menghadapi masalah seperti gangguan emosi ini.Mereka
sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap murid harus sentiasa prihatin
terhadap segala tingkah laku murid dan sentiasa bersedia untuk memberikan
pertolongan dan memberikan bantuan apabila diperlukan oleh
murid-murid.Peneguran positif dari guru
akan memberikan semangat kepada para murid dan ini akan memberikan keyakinan
kepada murid pada setiap masa.Maka dengan ini,murid akan bebas dari gangguan
emosi tersebut.
Seterusnya,seseorang guru boleh membantu dan
mengawal emosi dengan membantu mereka berasa sebahagian daripada bilik darjah.
Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa hasrat hati manusia adalah menjadi
sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual.Guru harus menggerakan
keinginan murid untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti .Guru harus
menegur murid pada setiap masa jika murid-murid berkelakuan berlainan
.Pemerhatian guru terhadap murid harus ditingkatkan bagi menjaga kebajikan
murid.Guru harus memastikan tidak ada murid yang berasa terpinggir ketika dalam
kelas. Melalui cara ini setiap murid pasti akan dapat mengawal emosi dan
sekaligus dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang sedang berlaku.
Langkah yang lain,yang boleh diambil
ialah,dengan memberikan dan menekankan nilai-nilai murni. Penerapan nilai-nilai
murni boleh dilaksanakan ketika memberikan penekanan kepada kepentingan mewujudkan
hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid.Nilai seperti ini perlu
diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.Guru
seharusnya memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses
interaksi sosial yang melibatkan murid semasa aktiviti pembelajaran dan berikan
layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa membezakan setiap murid.Maka
dengan ini emosi para murid tidak akan terganggu dan apabila emosinya terkawal
maka kedua-dua pihak iaitu guru dan murid berpeluang berbual-bual tentang
perasaan mereka dan sekaligus memudahkan lagi penerimaan terhadap proses
pembelajaran yang dilaksanakan.
Guru
juga boleh mengamalkan sikap kepimpinan demokratik.Ia dimana seseorang guru
boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana yang sihat,di kalangan
murid-muridnya.Sifat ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan murid-murid boleh berdamping dengan guru .Selain itu,mereka tidak
akan berasa segan untuk bertanya,ataupun mengeluarkan pendapat mereka tentang
sesuatu perkara.Sifat seumpama ini,akan mendorong murid akan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.Pengelolaan banyak aktiviti kumpulan akan
memberikan banyak peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan,aktiviti pemulihan dan sebagainya.Aktiviti seumpama ini akan
merangsang murid untuk menampil diri ke hadapan bagi menyiapkan serta mereka
tidak akan berasa diri mereka diasingkan.Dengan penglibatan aktiviti seperti
ini,para murid akan menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka dan
seterusnya akan mengurangkan tekanan dan gangguan emosi yang dihadapi oleh
murid.
Dengan
ini boleh dirumuskan bahawa gangguan emosi di kalangan murid dapat dibendung
jika diperhatikan sejak kecil lagi.Sebagai seorang guru,mereka harus prihatin
terhadap segala tingkah laku murid supaya gangguan emosi dapat dielakkan dan
cara yang betul.Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia untuk
berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat
pembelajaran di samping membentuk emosi positif dalam kalangan mereka yang
terlibat.
No comments:
Post a Comment