Emosi memainkan peranan yang
penting di kalangan kehidupan seharian kita. Ia juga boleh dikatakan salah satu
tunjang yang penting dalam perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika kita
perhatikan secara teliti, seseorang yang menghadapi tekanan emosi , akan menimbulkan
beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri
sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering
kelihatan gelisah bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Jika ia berlarutan secara
kerap,maka gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh
menyebabkan gangguan mental. Perkataan emosi
sebenarnya berasal daripada bahasa Perancis, “emotion”, dan “émouvoir” yang
bermaksud ‘kegembiraan’
Ø Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi
bermaksud perasaan jiwa yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.
Ø Bruno (1984), mendefinisikan emosi sebagai suatu
keadaan yang mampu mengganggu kitaran bendalir di dalam badan seseorang.
Gangguan emosi pula
boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh murid-murid.Menurut
Ø Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, gangguan emosi
dieertikan sebagai kesan konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan
dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Kita
sebagai seorang guru, haruslah sentiasa prihatin terhadap diri murid dan
memastikan bahawa murid-muridnya sudah
bersedia untuk belajar dan sebagainya.Tambahan pula tahap emosi murid-murid
perlulah berada dalam keadaan yang baik supaya segala input yang diberikan oleh
guru-gur diterima oleh para murid.Seperti yang sedia maklum, Pendidikan pada
masa kini bukan sahaja mementingkan pencapaian di dalam ujian dan peperiksaan,
malah setiap aspek perlu diberi perhatian. Ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menyeru para pendidik untuk memperkembangkan potensi
individu iaitu murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan
insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial
TANDA TANDA AWAL GANGGUAN EMOSI
Ø Tidak hadir ke sekolah
tanpa sebarang sebab munasabah
Ø Pencapaian akademik
yang semakin merosot
Ø Duduk dalam keadaan
yang tidak selesa
Ø Suka termenung,
berkhayal, dan berkelakuan ganjil
Ø Cepat marah, suka
bergaduh, dan kerap berbohong
Ø Konsep kendiri yang
lemah
Emosi juga mempunyai
kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam
kehidupan murid kini iaitu :-
v Mengungkapkan dan
memahami perasaan
v Mengendalikan amarah
v Kemandirian iaitu
berdiri dengan sendiri atau berdikari
v Kemampuan untuk
menyesuaikan diri
v Disukai oleh orang
lain
v Semangat setiakawan
v Keramahan
v Sikap
hormat-menghormati
GANGGUAN EMOSI RINGGAN
Gangguan
emosi ini boleh dikatakan sebagai gangguan yang ringgan.Gangguan ini tidak
kelihatan ciri-cirinya dari luar.Ia lebih kepada ciri-ciri dalaman seseorang
murid.Gangguan seumpama ini biasanya boleh diatasi oleh murid itu sendiri jika
mereka menyelesaikan dengan cara yang baik. Tetapi, jika diamati secara
mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian terserlah kerana kadang
kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap tumbesaran mereka.
Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya dengan baik
seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam. Sebagai contoh,
naluri seorang kanak-kanak untuk berkawan dan bermain bersama adalah tinggi,
tetapi kadang kala apabila tercetusnya konflik di mana mereka perlu berkongsi
alat permainan atau perkakasan belajar, emosi mereka serba sedikit terganggu
dan mereka mampu mengatasinya dengan baik.Contoh yang lain,ialah murid-murid
biasanya suka membeli alatan pensel dan sebagainya..Mereka suka jika mereka
dibawa ke kedai untuk membeli alatan kegunaan mereka.Jika ibubapanya enggan
untuk membelikan apa yang diminta oleh anak-anaknya,maka situasi tersebut akan
berubah,dan ini akan memberikan tekanan emosi kepada
mereka.Walaubagaimanapun.jika murid-murid itu pandai untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan yang sedemikian,maka mereka dapat mengatasi gangguan emosi
tersebut.
GANGGUAN EMOSI SEDERHANA
Gangguan Emosi sederhana
ini lebih menonjol daripada gangguan emosi ringgan.Ia kerana melalui gangguan
emosi sederhana ini,kita dapat melihat dari segi fizikal gerak badan murid akan
berubah,mimik muka akan berlainan,dan perlakuan murid tersebut seperti
marah,takut akan kelihatan terhadap diri mereka.Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini dalah lebih kuat
berbanding dengan gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka
melahirkannya dengan menggunakan pelbagai cara seperti menangis. Sebagai
contoh, guru mengarahkan murid untuk menyertai kumpulan yang telah ditetapkan,
tetapi murid tersebut enggan menyertai kumpulan tersebut lalu menangis bagi
menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan yang dilakukan oleh gurunya.
GANGGUAN EMOSI BERAT
Dari segi fizikalnya,gangguan emosi berat ini jelas
kelihatan terhadap diri murid-murid.Tingkah laku murid akan kelihatan pelik
berbanding gangguan emosi ringgan dan gangguan emosi sederhana.Gangguan emosi
ini dikatakan bahaya kerana,jika kita tidak menyelesaikan dengan cara yang
baik,ia mungkin akan mencederakan diri sendiri dan boleh mengundang bahaya
apabila murid tersebut melakukan
percubaan untuk mencederakan rakan –rakan dan sebagainya.Sebagai contohnya
apabila seseorang murid itu menghadapi ganguan seupama ini,murid akan berkelakuan
seperti menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki untuk melepaskan geram
terhadap diri kawan-kawanya.Segala fizikal anggota badannya akan berubah dan
mengakibatkan kecederaan.Murid tersebut terlalu marah akan diri kawannya dan ia
mungkin mendatangkan pergaduhan diantara mereka,bagi memuaskan hati mereka.Jika perlakuaan seperti ini tidak dibendung dari
awal, murid tersebut tidak akan mampu untuk mengawal emosinya apabila dewasa
kelak seterusnya mengganggu proses pembelajarannya.